Selasa, 18 Oktober 2011

Kisah Berkat Di Balik Membaca Basmallah

Unknown | Selasa, 18 Oktober 2011,04.01 | Be the first to comment!

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak
mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia
hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan
sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi

Unknown | ,03.58 | Be the first to comment!

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali
dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit  Tursina. Di atas bukit itulah dia akan
bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan  Allah akan menjawab pada waktu itu
juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada  nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti
yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat  tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut
tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi
Musa ke tempat berkenaan.